“CANTIK PUN TAK GUNA KALAU MANDUL” KATA NOR PADA SITI NURHALIZA

Menjadi impian setiap wanita yang bergelar isteri mahukan zuriatnya sendiri. Namun rezeki anak itu ditentukan oleh Allah.

Baru-baru ini, tersebar di media sosial mengenai kenyataan biadab dari seorang wanita terhadap seorang penyanyi wanita, mencetuskan kemarahan netizen, terutamanya peminatnya.

4 Jun yang lalu, laman Facebook Roti Kaya memuat naik gambar Datuk Siti Nurhaliza dengan kapsyen “Wah cantiknya Siti Nurhaliza bergaya ringkas”.

Bagaimanapun, seorang wanita bernama Nor Nor dengan selambanya memuat naik komen biadabnya.

“Cantik pun tak guna kalau mandul”

Semakan di ruang komen post berkenaan telah dipadamkan. Malah akaun Facebook wanita itu juga telah dipadam setelah dikecam hebat oleh netizen.

Mak Aik. Macam Tak Sanggup Pulak Nak Tengok Gambar no 4 tu. TUA KAHWIN MUDA.. HEBOH DIPERKATAKAN GARA-GARA GADIS INI SANGGUP DISANDINGKAN DENGAN ORANG TUA YANG BELASAN TAHUN BEZA DENGANNYA.

Siapa tak dengki kalau yang veteran dapat gadis cantik, comel dan dara kan? Gambar bwrsanding tersebut mendpat perhatian orang ramai disertakan dengan komen-komen yang pelbagai versi

Cinta itu memang buta, terkadang karena cinta kita rela melakukan apa saja.
Namun karena cintalah, perbedaan bisa menjadi satu.

Ada yang mengatakan, cinta yang tulus memang tak memandang usia.
Meski begitu pernikahan yang terpaut usia yang sangat jauh bisa menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat.Seperti salah satu contoh seorang kakek yang menikah dengan seorang gadis muda.

Mereka jelas terpaut usia yang sangat jauh.
Jika dilihat wanita yang dinikahinya itu pantas menjadi cucunya.

Foto tersebut diunggah melalui akun Facebook bernama Siti Wulan Dari.
Di foto tersebut, lucunya sang kakek duduk di pelaminan dengan mengenakan kacamata hitam dan minum dengan menggunakan dot bayi.

Disampingnya duduk seorang gadis cantik yang mengenakan pakaian pengantin lengkap dengan riasan di wajahnya.

Sejak diunggah pada 06/09/2016 sampai saat ini foto tersebut berhasil dibagikan sebanyak 5.228 kali, 6.200 like, dan 856 komentar.

Namun sampai saat ini masih belum ada kebenaran bahwa ini memang benar acara pernikahan atau hanya sekedar perayaan karnaval.

Bisa dilihat dari foto acara tersebut telihat berada di jalan.
Melihat foto itu, beberapa netizen mengatakan bahwa gadis itu hanya melihat harta yang dimiliki sang kakek.

Pamuji Setio : “Bukan cinta tapi uang yang bicara liat gds itu pegang hp. …uang yang jadi cinta bukan fisik sekarang yang jadi cinta.”

Rian Braling : “Mbahhhhhh….. Sisain gadis buat gnerasi kami mbah…. Jgn dimakan semua….”
Derista : “Ttp Jaya Klo aku ogah banget meski bnyk harta tapi tetep pasti selingkuh ..cari daun muda itu dosa khn mending nolak z.”

Salah seorang netizen pun ada yang mengatakan bahwa foto tersebut diambil ketika acara karnaval.
Heruka Khairul Amirin : “Lah itu kn cma acr karnaval 17an kmarennnn.. hadeh.”

Pasangan Tawar RM360,000 Kepada Orang Gaji Yang Sanggup Bekerja di Rumah Mereka Selepas 5 Yang Lain Melarikan Diri Kerana Berhantu

Sanggupkah anda bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM360,000 (RM30,000 sebulan)? Tapi sebelum mengangguk kepala tanda setuju, anda perlu tahu bahawa pada tahun lepas, sudah lima orang pembantu rumah melarikan diri dari rumah terbabit kerana dikatakan berhantu.

Satu pasangan dari Scotland sanggup menawarkan gaji semahal itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah mereka asalkan tidak melarikan diri sebagaimana pembantu-pembantu rumah sebelum ini.

Menurut satu iklan yang diletakkan di Childcare.co.uk, pasangan itu berkata mereka sedang mencari pembantu rumah yang boleh bekerja dan tinggal di rumah mereka di Scottish Borders. Iklan itu menyebut, selain gaji yang mahal, pembantu rumah itu juga akan mendapat bilik dengan dapur peribadi dan cuti 28 hari setahun.

“Kami telah tinggal di rumah ini selama 10 tahun. Ketika membeli, kami diberitahu ianya berhantu tapi kami tidak mengedahkan amaran tersebut.

“Lima orang pembantu telah lari dari jawatan itu pada tahun lepas, yang mana setiap satunya memberi alasan mereka diganggu dengan insiden ghaib, termasuk bunyi-bunyi pelik, kaca pecah dan perabut bergerak-gerak.

“Ini jelas satu tempoh yang mencabar buat anak-anak kami. Secara peribadinya, kami langsung tidak mengalami sebarang kejadian ghaib, memandangkan kejadian itu dilaporkan berlaku hanya bila kami tiada di rumah.

“Kami juga sanggup membayar harga yang lebih tinggi dan kini mencari orang yang sesuai dalam kadar yang segera.” tulis iklan terbabit.

Jika anda tidak kisah berpindah ke Scotland dan tidak takut berhadapan dalam situasi-situasi seram seperti dalam cerita ‘The Conjuring’, dipersilakan untuk melihat iklan itu di sini.

Bayi Dapat Penerbangan Percuma Sepanjang Hayat Selepas Dilahirkan Pada Ketinggian 35,000 Kaki

Seorang wanita India melahirkan seorang anak lelaki di dalam penerbangan antarangsa ketika sedang terbang pada ketinggian 35,000 kaki.

Wanita yang berusia 20 tahun itu melahirkan anak lelaki secara pramatang dalam pesawat Jet Airway ketika dalam perjalanan dari Arab Saudi ke Kerala.

“Penumpang itu melahirkan bayi lelaki pada ketinggian 35,000 kaki,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan sambil menambah ahli paramedik membantu dalam proses kelahiran.

Pesawat Boeing 737 itu dilencongkan ke Mumbai untuk menghantar wanita dan anaknya itu ke hospital Mumbai Holy Spirit. Kedua-duanya dalam keadaan selamat.

Ketika kejadian, wanita terbabit sedang mengandung 32 minggu.

Jet Airways berkata itu merupakan kali pertama bayi dilahirkan dalam pesawat mereka dan bayi itu telah mendapat penerbangan percuma sepanjang hayat dengan syarikat terbabit.

“Dia Lihat Tanpa Berkelip Mata Dan Cuba Ikut Gerakan Sahabat Dalam Bagunan Lakukan,” Gelagat Uncle Ini Tarik Perhatian Netizen

Gelagat seroang lelaki warga emas berbangsa Cina ini telah menarik perhatian netizen apabila dia dilihat memerhati dengan khusyuk beberapa orang lelaki yang sedang berjemaah di dalam sebuah bagunan di sekitar Jalan Raja Laut.

Apa yang menarik perhatian, Uncle berkenaan bukan sahaja memerhati, sebaliknya dia kelihatan seperti cuba mengikut apa yang jemaah di dalam bagunan lakukan iaitu bersolat.

Sekeping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh saudara Mohd Azlan Omar apabila ada mereka sempat merakam gelagat Uncle ini ketika menuju ke sana untuk solat berjemaah.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang solat selepas baru selesai menjalankan satu program bersama gelandangan.

“Dia melihat tanpa berkelip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan,” tulisnya

Beliau turut memuatnaik sebuah video dengan menyatakan mungkin kerana kemerduan alunan ayat-aayt suci Al Quran buatkan beliau terpegun dan tertarik.

“Oleh yang demikan malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama,” tulis beliau bersama video di bawah.

Guna Laman Web ini Untuk Periksa Keadaan Jalan Raya Sempena Balik Kampung

Salah satu kebimbangan yang sering melanda pemandu-pemandu yang ingin pulang ke kampung pada hari raya adalah keadaan lalu lintas yang sesak atau selalu disebut orang kita sebagai ‘traffic jam’.

Memang benar kesesakan jalan raya tak dapat dielakkan lebih-lebih lagi bila perayaan menjelang tiba namun adalah lebih baik jika sekurang-kurangnya kita tahu sejauh mana ‘jam’ atau dimana titik-titik ‘jam’ supaya boleh kita rancang perjalanan. Sebagai contoh, kalau jam dah terlampau panjang dan kita sendiri pun penat, boleh lah cari tempat-tempat selamat untuk berhentikan kenderaan dan tidur.

Bagi yang ingin memeriksa status trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan utama di ibu negara, boleh berbuat sedemikian menerusi laman Jalanow.com.

Apa yang menarik tentang laman ini adalah menunya disusun secara rapi bagi memudahkan interaksi pengguna dengan laman itu.

Menyelusuri bahagian dalam satu-satu jalan pula, pengguna akan dibekalkan dengan gambar-gambar terkini keadaan trafik di jalan-jalan yang terlibat.

Kebanyakan gambar yang diberikan diambil berdekatan tol, jadi orang ramai boleh mengagak keadaan trafik di jalan yang mahu dired

4 Benda Yang Membuat Kereta Perodua Unik Yang Membuatkan Brand Lain Terpana

Nak balik kampung dengan bergaya tapi nak jimat petrol? Nak bawak separuh rumah tapi takde duit nak beli trailer?

Kalau anda jawap “ye” untuk kedua-dua soalan ini, jadi masa ini lah yang paling sesuai untuk membeli kereta, apa-apa lagi dengan bulan Syawal yang bakal muncul tak lama lagi. Tetapi kereta apa?

Ada 4 kriteria yang kita lihat, yang pertama ia mestilah bermutu, kedua bergaya, ketiga mampu milik dan keempat dapat delivery dengan kadar segera.

Selepas penat bertanya di beberapa jenama kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, kami singgah ke showroom Perodua dan terkejut dengan tawaran hebat yang diberikan pada musim perayaan ini.

Bukan sahaja Perodua mengadakan promosi yang mencecah RM5,000 untuk Myvi tetapi hampir kesemua kenderaan mereka dapat diregister dalam masa terdekat, lebih lebih lagi apabila loan cepat lulus.

Untuk mereka yang bekeluarga, Perodua juga memberi “penebusan tunai” (kenapa diorang tak panggil diskaun eh?) untuk Alza (RM1,300) dan Bezza (RM1,500). Delivery pun boleh dalam masa terdekat kalau bank tolong.

Apa yang hebat sangat tentang kereta-kereta ni?

Bezza yang bestnya memang jimat minyak, boleh bawak dari KL ke JB dengan satu tanki petrol dan ada lebih untuk jalan-jalan raya ni.

Ruang bonet Bezza juga besar, bolehlah nak bawak baju untuk seminggu bersama dengan buai baby sekali.

Harga Bezza pun memang competitive; RM50,800 untuk varian 1.3 liter; yang ada push start button, “rear view camera” dan USB port untuk charge hand phone semasa balik kampung.

Fasha Sandha Dakwa Jejai Tidak Tahu Jaga Anak

Siapa yang mengikuti perkembangan Fasha Sandha di Intagram pasti perasan posting yang dimuat naiknya mengenai luka kecil di pipi anak perempuannya, Jemyma. Dalam posting itu, Fasha berasa kecewa dan mempersoalkan cara penjagaan anaknya ketika bersama bekas suaminya, jejai

“Ini adalah kesan cakar dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya. Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar-benar ibu yang akan memahami perasaan ini”

“Saya paksa diri demi kebaikan anak-anak , bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu? Yes accidents happen, but sebagai ibu saya berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup”

“Apa perasaan seorang ibu, tiga hari tak jumpa anak, bila anak balik rumah ada luka kat muka. Dah la nak raya ni. Ibu jaga Jemyma 2 tahun 7 bulan satu luka atau parut pun tak penah kena. Macam mana dada jaga anak,” tulisnya di akaun Facebook mengenai perkara tersebut.

Seperti biasa, menerusi posting itu Fasha menerima pelbagai reaksi dari peminat. Ada yang memahami luahan isi hatinya itu sebagai ibu. Manakala ada juga yang medakwa Fasha suka mencari perhatian dan sengaja menimbulkan isu diantara bekas suami dan ibu mertuanya.