Resepi Kuah Kacang

Kalau nak raya mesti tak lepas dari nak hidangkan Kuah Kacang untuk dimakan bersama satey atau nasi impit. Berikut kami nak kongsi resepi untuk buat kuah kacang.

BAHAN-BAHAN:
2 cawang kacang tanah – goreng dan kisar
2 sudu teh pes asam jawa 
Gula melaka @ gula putih 
Garam secukup rasa
Sedikit santan
Air jika perlu

BAHAN KISAR:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar)
Segenggam cili kering 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng kacang hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sejukkan seketika. Kemudian kisar kering.
  2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan asam jawa adabi tanpa biji. Masukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah kacang terlalu masam.
  4. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering. Jika tidak pekat, boleh lebihkan kacang.
  5. Kemudian masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam mengikut selera. Kuah kacang sedap kalau manis.
  6. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih sedap.
  7. Teruskan memasak hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
  8. Kuah kacang siap untuk dinikmati bersama nasi impit atau apa sahaja mengikut selera anda.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Abdul Razak Abdul Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *